OBJEKTIF


Membantu masyarakat bagi menyediakan media pengiklanan di atas bumbung teksi sebagai salah satu penyampaian maklumat atau mesej. ”PAPAN IKLAN TEKSI” sangat sesuai kerana ianya menerapkan suatu rekabentuk yang mudah kelihatan pada bila-bila masa di atas jalanraya serta menyampaikan maklumat dan peringatan secara tidak langsung melalui pendekatan yang jelas, ringkas dan tepat kepada penduduk-penduduk persekitaran.




Spesifikasi media iklan kami


                    I.           Diluluskan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan dan Suruhanjaya pengangkutan Awam Darat.

                  II.           Struktur kotak iklan adalah diperbuat daripada bahan aluminium alloy dan acrylic.

                III.          Dicahayakan menggunakan 2 unit lampu L.E.D ( Light Emitting Diode ) jenis tube kalis air T5, 11W, 1000 Lumens setiap unit yang menjadikan kotak papan iklan kami sangat terang pada setiap waktu.Ianya sentiasa di nyalakan pada waktu siang dan malam.

              IV.            Iklan di cetak pada pelekat jenis ”BACKLIT STICKER WITH MATT LAM” dimana ia dilekatkan pada acrylic dan apabila ia di cahayakan dengan lampu L.E.D, grafik yang dicetak pada pelekat tersebut seakan-akan timbul dan cantik serta tahan terik matahari.


                V.            Kotak Iklan mempunyai nombor siri dan sijil pemasangan yang disahkan oleh syarikat Humayra dan ianya juga di ikat terus pada bumbung teksi bagi keselamatan kotak iklan tersebut dari segi kecurian, kemalangan dan kegagalan struktur pemegang pada kelajuan tinggi.





RUMUSAN


Trend perniagaan zaman ini telah banyak berubah berbanding satu dekad yang lalu. Globalisasi dalam perniagaan telah menjadikan keadaan perniagaan sentiasa berubah dari masa ke semasa dalam masa yang terlalu singkat. Pengalaman dan kemahiran dalam bidang yang di ceburi merupakan salah satu syarat utama untuk menentukan kejayaannya dan juga bertanggungjawab terhadap pelanggan serta mutu kerja yang terbaik merupakan faktor utama dalam kejayaan sesebuah syarikat. Faktor ini juga perlu disampaikan kepada pelanggan dalam pelbagai bentuk persembahan dan media untuk menarik minat pelanggan terhadap barangan dan perkhidmatan.

Dengan itu, perniagaan ”PAPAN IKLAN TEKSI” adalah untuk memberikan gambaran dan maklumat yang jelas berkaitan dengan kedayaupayaan projek yang sedang di usahakan dan bakal dikembang serta dimajukan pada masa kini. Kesimpulannya, syarikat HUMAYRA SDN. BHD. berkeyakinan tinggi akan berjaya dalam dunia keusahawanan. Berkat sokongan semua pihak, ia yakin akan berjaya menjana pembangunan ekonomi negara selaras dengan WAWASAN 2020 untuk mencapai status negara berdaulat yang maju, aman dan makmur. Insyallah.

INGINKAN KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI 011-1132 5992

Tiada ulasan: